SELAMAT DATANG DI WEBSITE RASMI SELERA LAZAT

Terima kasih kerana megunjungi laman web SELERA LAZAT

Para pembeli sekalian, SELERA LAZAT telah menambah bilangan cawangan sebanyak 4 buah mesin dan kesemuanya berdekatan dengan mesin layan diri lama yang menjual pelbagai minuman yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga anda.

SELERA LAZAT mengambil keputusan untuk menjadikan keempat-empat mesin layan diri baharu itu menjual pelbagai makanan ringan.

SELERA LAZAT telah memilih sebanyak tiga produk makanan untuk diletakkan di dalam setiap mesin baharu. Tiga produk tersebut ialah :

  1. Super Ring
  2. Julie's Oat 25
  3. Gardenia PUAZZ! Sambal Bilis

Pihak kami mengharapkan agar langkah ini dapat membawa SELERA LAZAT mencapai misinya iaitu meningkatkan jualan sebanyak 10% dan meningkatkan keuntungan sebanyak 5% dan seterusnya mendorong SELERA LAZAT mencapai visi utamanya iaitu menjadi perniagaan perkhidmatan mesin layan diri pilihan seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu,SELERA LAZAT juga telah melancarkan promosi baharu dengan mencipta satu akronim nama perniagaan iaitu, SELA yang diambil daripada setiap suku kata pertama daripada kedua-dua perkataan "selera" dan "lazat". Kemudian SELERA LAZAT mengembangkan lagi akronim tersebut menjadi slogan dan 'tagline' perniagaan kami yang tersendiri iaitu...

S edap rasanya,
E lok dipandang
L alu
A nda beli

Diharapkan langkah ini dapat memeriahkan lagi SELERA LAZAT daripada pelbagai aspek dan agar para pembeli sekalian dapat bersenang hati dengan langkah yang kami ambil ini

Para pembeli sekalian, kami mohon teruskan menyokong kami, terima kasih...

Akhir kata,

Selara Lazat, Buatkan Anda Kenyang~
Tanya Perut Anda, Betul Tak?

25 JUN 2026,KHAMIS.

SELARA LAZAT telah